Konsep
mikro-ekonomik selalu diaplikasikan oleh kita pemipa. Boleh dikatakan,
pemipa zaman sekarang adalah tergolong antara mereka yang bijak dan
pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan sosio-ekonomik semasa,
terutamanya di dalam konteks yang melibatkan perihal perpipaan.
Melihat
kepada pola pembelian tembakau / baccy di kalangan kita pemipa, ia
sememangnya adalah satu olahan yang sangat menarik. Mengapa saya
mengatakan sedemikian? Ini kerana kebanyakan kita pemipa sebenarnya
memiliki kecenderungan tersendiri dalam pembelian baccy kita. Dan pola
yang terhasil ini tidak semestinya sama walaupun kita dan rakan pemipa
kita memiliki preferensi yang serupa di dalam pemilihan baccy.
Mari kita tinjau beberapa klasifikasi pemipa yang bersangkutan dengan pola mikro-ekonomik ini dengan lebih dekat;
1.
The Hoarder – Pernahkah anda melalui situasi dimana anda mahu berjumpa
dengan tobakonis setiap hujung minggu? Apabila anda mulai melihat
tobakonis anda seperti shaman dan merasa sangat perlu untuk membeli
baccy baru saban minggu, anda mungkin tergolong di dalam kategori The
Hoarder. Golongan ini secara tidak sedar akan membina empayar baccy di
cellarnya secara “massive”, dan mereka akan terus membeli dan membeli
terutamanya jika ada baccy baru yang masuk ke pasaran. Selagi mereka
tidak melupakan belanja dapur, nafkah dan susu anak – it is still very
okay. Malah, mereka adalah sangat bertuah kerana pilihan baccy untuk
dinikmati pada sesuatu masa adalah sangat luas.
2.
The Hedger – Golongan ini adalah mereka yang berfikiran jauh. The
Hedger amat peka pada pertukaran matawang asing, inflasi dan jatuh naik
harga baccy. Mereka akan melakukan pembelian pada masa dan situasi yang
amat sesuai. Kita semua sedia maklum akan faktor-faktor seperti kenaikan
duti import tembakau, naik-turun Ringgit berlawanan dengan US Dollar,
pembelian pukal untuk menjimatkan kos pengeposan dan sebagainya namun
The Hedger adalah jauh lebih arif berkenaan hal-hal sebegini. Jika anda
memiliki kawan pemipa yang tergolong sebagai The Hedger ini, anda sangat
bertuah kerana anda hanya perlu mengikut pola pembelian mereka untuk
mendapatkan kelebihan “hedging”.
3.
The Prospector – Sekarang mari kita lihat pada golongan pelabur
hartanah di dalam dunia perpipaan, The Prospector. Mereka adalah kunci
kepada baccy-baccy “rare” kerana mereka sangat arif tentang keberadaan
sesebuah blend dan brand. The Prospector tahu blend manakah yang akan
dihentikan pengeluarannya dalam sedikit masa lagi, dan mereka akan mulai
membeli blend / baccy tersebut pada kadar yang banyak. Mereka juga tahu
di kedai manakah baccy-baccy yang sukar didapati masih tersimpan, malah
mereka juga mungkin membeli lebih untuk dijual semula kemudiannya. Jika
anda memiliki rakan pemipa yang tergolong di kalangan The Prospector,
saya usulkan anda mengekorinya kemana dia pergi. Mungkin anda akan
mendapat sedikit sebanyak pembayang baccy manakah yang akan dihentikan
pengeluarannya kelak dan di manakah anda masih mampu untuk membelinya.
4.
The Journeyman – Kategori ini adalah khusus bagi mereka yang ada
kecenderungan untuk mencuba semua jenis blend yang pernah wujud di dunia
ini. Sebenarnya, mencuba segala jenis blend adalah nikmat yang tidak
terhingga untuk kita pemipa. Dan itulah apa yang The Journeyman lakukan.
Mereka memiliki tahap inkuisitif dan rasa ingin tahu yang sangat
tinggi, terutamanya apabila blend-blend baru dikeluarkan di pasaran.
Malah, pada tahap yang ekstrem mereka boleh digelar “the baccy romeo”
kerana tidak “setia” – mereka tidak memiliki “go to” baccy yang
spesifik, dan senantiasa bergelumang dengan baccy baru. Golongan ini
sangat menarik untuk didampingi kerana palate mereka agak terlatih;
walaupun kita memiliki kecenderungan palate masing-masing, namun mereka
mampu memberikan pendapat tentang sesebuah baccy dari pelbagai sudut.

5.
The Thrifter – Siapa yang tidak sayangkan duit? Berpipa bukanlah satu
pembudayaan hobi yang murah, jadi sudah tentu kita terpaksa bermain
dengan faktor kos, dan dari sinilah wujudnya The Thrifter. Golongan ini
tahu dan peka akan bila masanya sesetengah tobakonis akan mengadakan
jualan murah. Selain itu, The Thrifter juga agak mahir di dalam
pembelian online – mereka tahu bila sesetengah diskaun perayaan seperti
Black Friday, Christmas dan lain-lain akan berlaku di dalam sesetengah
online tobacconists. Pendek kata dalam kegawatan ekonomi seperti
sekarang, mengikut jejak The Thrifter akan menjadikan anda seorang
pemipa yang trendy dan classy tanpa perlu merobek saku anda dengan
teruk.
Sememangnya
menarik untuk mengetahui tentang karakter-karakter pemipa berdasarkan
mikro-ekonomik baccy ini. Sama ada anda tergolong di salah satu
daripadanya atau mungkin gabungan dua atau tiga karakter, hanya anda
yang mengetahuinya.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!