Jika
diikutkan, pendekatan kali ini agak lari sedikit dari tema Frog Morton
yang terdahulu, dimana blend-blendnya yang lain adalah lebih
berorientasikan Balkan (Frog Morton Original, Across The Pond & On
The Town) dan aromatik (Frog Morton Cellar). Oleh itu penggunaan perique
dalam blend ini adalah sangat dialu-alukan, terutamanya bagi peminat
perique dan va/per secara amnya. Sudah tentu, saya tidak mengharapkan
sesuatu yang “potent” tetapi ekspektasi yang tinggi tetap mengiringi
pengeluarannya.
Sepertimana
blend-blend Frog Morton yang seangkatan dengannya, On The Bayou datang
dalam keadaan yang agak lembap, walaupun dalam bentuk ready-rubbed.
Perkara ini agak bagus sebenarnya kerana ia akan tahan lebih lama
setelah dibuka tetapi untuk menikmatinya secara optimum, anda perlu
mengaplikasikan “prepping” dengan lebih lama. Saya menyarankan agar ia
diudarakan selama 1-2 jam sebelum dipack untuk hasil yang terbaik.
Tin
note yang harum dan berempah menjemput hidung anda tatkala ia dibuka.
Namun ia tidaklah seharum Frog Morton Cellar, Original mahupun On The
Town. Sedikit note tajam juga menerpa nasal dari tin note On The Bayou
ini. Berkemungkinan besar faktor percampuran blend asas Frog Morton
dengan perique adalah bertanggungjawab dalam penghasilan note yang tajam
ini.
Seperti
blend-blend lain di dalam siri Frog Morton, saya dapati kepulan asapnya
sangat beraroma dan mengujakan. Secara peribadi saya memang menggemari
permainan hembus dan hela asap apabila menyalakan On The Bayou. Asap
dengan flavor yang seakan-akan plum bakar dan biji kopi yang baru
dipecahkan adalah agak kuat di awal bowl. Kualiti seakan aromatik ini
tanpa lebihan perisa “artificial” adalah sememangnya sangat menarik.
Di
permulaan bowl, rasa perique sangat “subtle” – agak terkebelakang dan
hampir tidak dapat dirasakan langsung. Rasa yang dominan ketika ini
adalah plum bakar dan kopi panggang, sedikit smoky dari latakia dan
semua ini ditambah dengan sedikit kemanisan yang biasa kita dapati dari
blend oriental. Tiada hentaman nikotin yang kuat dan ia juga tentunya
bukanlah sebuah lat-bomb, namun kemanisan dan sedikit note salai dari
latakia tadi agak relaks dan melegakan. Mengenali perique, ia
sememangnya adalah tembakau “condiment” yang baik dan terkadang mampu
memberikan “refined texture” kepada sesetengah blend dan inilah yang
sedang berlaku sekarang.
Perique,
menjadi topik utama atau “features” kepada blend ini, mula menonjolkan
dirinya ketika sesi perpipaan berada di pertengahan bowl. Bersulam baik
dengan latakia, oriental dan virginia di dalam blend ini, ia
meninggalkan sedikit rasa pedas-pedas di tekak dan lidah, yang walaupun
tidak begitu ketara ia masih adalah “trademark” perique yang kita
nanti-nantikan. Ia menambahkan “depth” kepada tema oriental Frog Morton
dan saya yakin bukan saya seorang sahaja yang mendapati hasil sebegini
adalah sangat menarik.
Kita
sedia maklum bahawa walaupun penggunaan dedaun virginia sebagai
tembakau asas / primer blend-blend Frog Morton ini adalah satu
kemestian, ia tidak akan mampu untuk menzahirkan kekuatan “full body”
kepada blend. Dan semestinya tidaklah saya harapkan full body dari
mana-mana blend crossover kerana kita tahu posisi genre ini adalah agak
santai dan bersifat “introductory” terutama kepada blend-blend English.
Namun, On The Bayou yang tampil dengan sedikit kepedasan perique
sebegini sudah mampu untuk memuaskan tekak kita sedikit sebanyak –
terima kasih kepada adunan perique yang ternyata menambah lebih dimensi
di dalam persembahan blend.
Penghujung
bowl adalah kelemahan ketara blend ini, dimana permainan nasal dengan
note-note menarik tadi sudah pun agak minimal dan tekstur rasa yang
sudah terlalu terkebelakang untuk dikenalpasti dengan baik. Tiada encore
yang boleh diharapkan untuk memberi kejutan saat akhir buat anda, yang
ada hanyalah sedikit intensiti dan sedikit kepedasan dari perique. Walau
bagaimanapun, “aftertaste” yang seakan pisang salai adalah satu
anugerah kepada penggemar On The Bayou, sehingga setengah jam selepas
sesi perpipaan anda.
Secara
keseluruhannya, Frog Morton On The Bayou bukanlah sebuah “award
winning” blend yang akan memberikan anda kepuasan penuh dengan skala
yang maksimum. Namun disebalik kekurangan itu, jalinan rasa perique dan
elemen crossover yang ditonjolkan olehnya adalah sangat menarik dan
menyelerakan. Meskipun ia tidak akan menjadi go-to baccy saya, akan
tetap saya pastikan untuk memiliki setidak-tidaknya setin pada tiap-tiap
masa untuk hari-hari dimana apa yang anda perlukan adalah sebuah blend
oriental yang manis, enak dan santai – untuk teh petang Ahad yang baik,
menemani anda melihat air hujan turun membasahi bumi dari balkoni rumah
anda.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!