Darn,
agak lama juga sebelum teringat betapa blend burley telah tiada dalam
rotasi bulanan saya. Sedar tidak sedar, Solani Aged Burley Flake sudah
pun sampai ke flake terakhirnya baru-baru ini, dan dek kerana utuhnya
flake ini (ia sentiasa lembap dan berminyak dari awal tin dibuka hingga
ke flake terakhir – anda boleh salute Solani untuk itu) hasrat untuk
menggodek cebisan-cebisan flake lerai untuk sesi perpipaan kecemasan
sebelum tin gantian dibeli adalah sangat hampa dan tak kesampaian.
Saya,
sebagai seorang pemipa cuai mendapati diri tidak terpanggil untuk
meng”cellar”kan Solani Aged Burley Flake sebelum ini, hanya kerana
faktor keberadaannya yang sangat mudah didapati atau “readily available”
di mana-mana kedai tembakau seantero Malaya. Agak “foolish” sebenarnya
kerana sudah banyak kejadian dan tragedi berlaku di depan mata kita –
sepertimana berlaku kepada blend-blend Robert McConnell, Mac Baren
Solent Mixture dan Ashton Artisan Blend. Apabila perkara ini terjadi,
tangis darahlah kita semahunya.
Paling terbaru yang menimpa dunia tembakau burley adalah tragedi Mac Baren Burley London Blend yang sudah pun dihentikan pengeluarannya. Sebuah blend Burley yang agak “rich” dan sedikit “tangy” namun begitulah hakikat kehidupan, yang baik akan pergi dan pencarian blend-blend pengganti pun akan bermula lagi. It’s a “vicious cycle” di luar sana.

Bercakap
tentang Burley; jika anda mengikuti artikel-artikel lama saya
semestinya ia terlabel rapi sebagai “pipesmoker’s best kept secret” atau
lebih tepat lagi “the most underrated tobacco”. Ini kerana tidak banyak
blend-blend Burley dikeluarkan oleh blending-blending house berbanding
gugusan blend aromatik dan virginia.
Namun dunia Burley mendapat sedikit kegembiraan baru-baru ini apabila Missouri Meerschaum mengeluarkan beberapa blend tembakau mereka sendiri yang turut menampilkan sebuah blend Burley. Diblend oleh master blender Russ Oulette untuk Missouri Meerschaum, siri ini menampilkan empat jenis Blend yang menggunakan nama-nama pipa corn cob Missouri Merschaum sendiri. Selain dari blend Burley tadi yakni Missouri Pride, anda juga boleh mendapatkan Great Dane (aromatik berinspirasikan Danish blending), American Patriot (Balkan-style), dan Country Gentlemen (VA/per). Juga terdapat Independence Day, blend aromatik edisi terhad kepada 1776 unit yang datang dalam tin bulat.

Saya
dapat menikmati Missouri Pride ini dengan baik walaupun ia bukanlah
sebuah blend Burley potent sepertimana Edgeworth Sliced dan Solani Aged
Burley Flake. Akan tetapi, dek kerana kurangnya blend yang berteraskan
tembakau burley dipasaran, anything Burley is most welcomed – menarik
untuk dicuba dan mungkin bersifat agak “selamat” atau “in safe waters”
dek kerana persepsi dan pengharapan / anticipation dari para peminat
Burley adalah lebih menjurus kepada peringkat pertengahan, dibelenggu
dengan kurangnya pilihan yang ada di tangan. Jika kita mahu
mengkategorikan Missouri Pride sebagai VA/Bur juga mungkin kurang tepat,
kerana Burley adalah tembakau primer di dalam blend ini.
Missouri
Pride ini datang dalam bentuk yang agak bercelaru – broken flake dan
ready-rubbed. Flake-flake yang telah berpecah ini adalah agak kering dan
pembakaran boleh menjadi panas pada bila-bila masa. Anda tentu tahu
tentang karakteristik “Burley bite” dan hisapan perlahan / “slow
cadence” akan menyelamatkan anda dari bite tersebut. Walaupun note
“nutty” identik Burley itu hanya hadir dalam kadar yang sedikit di dalam
blend ini, note-note seperti buah fig dan prune masam diolah dengan
baik oleh Missouri Pride. Disepanjang sesi-sesi perpipaan saya
dengannya, ia menunjukkan potensi blend Burley yang halus dan “refined” –
agak lembut dengan permainan “strength” nya dan tekstur rasa
keseluruhan yang baik dan memuaskan.
Missouri
Pride mampu untuk menjadi blend Burley rotasi mingguan anda dan
sifatnya yang sedikit “loose” dan ringan membuatnya sebuah Blend yang
sesuai untuk dinikmati sambil membuat pekerjaan seharian seperti
memancing atau berkayak di sepanjang sungai, di dalam bowl Missouri
Meerschaum Cob yang sememangnya sesuai dengan activities-aktiviti
sedemikian. Tekstur rasanya yang halus juga dapat menarik ramai
“burley-newcomers” untuk mengenali variasi tembakau jenis ini dengan
lebih dekat lagi.
Dek
kerana keringnya broken flake ini, saya tidak akan mengesyorkan untuk
prep time yang terlalu lama. Lagipun, “topping” atau flavor tambahan
yang dikatakan ada bersama blend ini adalah sangat minimal, bukanlah
dari jenis “syrupy” aromatik yang memerlukan kadar prepping yang cukup
untuk mengurangkan kelembapan “topping” tersebut. Jadi, jika kita
sememangnya mahu menjadikan blend ini sebagai blend “outdoor” yang
senang dicapai, dipek di dalam pipa terus tanpa prepping ketika
memancing atau berkhemah (tentunya sukar untuk prep tembakau di dalam
keadaan sedemikian), ianya adalah sangat sesuai sekali.
Tentunya
agak menarik untuk kita saksikan bagaimana blend ini akan
bertindak-balas dengan sedikit “shelf-life” – mungkin tiga ke enam bulan
lagi. Sebelum ia mencapai ke tahap itu, kita boleh “enjoy” terlebih
dahulu penawaran baru Burley ini dengan pemikiran dan hati yang terbuka.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!