Pada
pembukaan 2018, saya ada mengutarakan tentang retro-isma yang semakin
mendapat tempat di hati para pemipa sekarang. Old is gold, dan
ketaksuban kita pada pemodenan sedikit terpukul dengan kecenderungan
terbaru kita dengan rekabentuk lampau yang mementingkan faktor aestetik
jauh ke depan berbanding faktor fungsi dan ergonomik. Dan ironinya,
ergonomik juga hanya diterima-pakai secara meluas semenjak artikel dari
tahun 1857 dari seorang ahli akademik Polish, Wojciech Jastrzębowski
diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris pada 1997.
Walau
bagaimanapun, salah satu dari bentuk-bentuk ini memiliki pesona
tersendiri yang sering menyebabkannya mendapat “wow!” apabila muncul di
temupipa-temupipa diserata negara. Ya, ia adalah bentuk yang kita kenali
sebagai “Devil Anse” atau DA. Nama ini sebenarnya wujud sebagai “slang”
pemipa apabila merujuk kepada pipa yang digunakan oleh watak Devil Anse
Hatfield lakonan Kevin Costner itu. Walaupun tidak rasmi, ia telah pun
digunapakai oleh pemipa sedunia sehingga sekarang. Dan terima kasih
kepada gambar promosi filem tersebut yang menampilkan Costner menggamit
pipa itu di bibir, bentuk Devil Anse terus menjadi buruan para pemipa.
Dek
kerana bentuk DA ini sememangnya sentiasa mendapat tempat di hati ramai
pemipa, tambahan pula tidak banyak pipa-pipa yang dihasilkan dengan
bentuk DA di dunia ini, POY 2017 menyaksikan satu fenomena di mana
banyak darinya telah habis terjual dalam jangkamasa yang pantas –
berbeza dengan kebanyakan POY tahun-tahun terkebelakang yang ada di
antaranya masih boleh dilihat terpampang di dinding-dinding tobakonis.
Pemburuannya adalah indah, penuh debaran dan bersifat ritualistik kadang
kalanya, kerana ada juga kolektor yang mengumpulkan ketiga-tiga versi
POY 2017 ini yakni smooth, sandblasted dan rustik.
Juga
satu persoalan yang bakal timbul adalah kenapa Peterson tidak mahu
memperkenalkan shape Jap ini di kemuncak populariti DA selepas siri
Hatfield & McCoy dikeudarakan?Ini
juga adalah satu misteri pemasaran yang tidak dapat difahami ramai.
Kebanyakan firma atau jenama pipa akan segera terjun untuk mengeluarkan
bentuk ini sebaik sahaja populariti DA bermula, dan kawan kita di
Sallynoggin ini memilih untuk tidak bersemuka dengan “popular culture”.
Peterson tidak mahu terjun ke dalam “bandwagon” tatkala
pipemaker-pipemaker sedunia masing-masing mencuba sebaik mungkin untuk
tampil dengan shape DA, masing-masing dengan pegangan tersendiri akan
ciri apakah yang membuat kan sesebuah DA itu klasik.Oleh
kerana Devil Anse bukanlah sebuah bentuk pipa tradisional, maka
definisi DA yang klasik adalah tidak terbatas dan semua pipemaker datang
dengan interpretasi klasik sesebuah DA secara tersendiri. Dan
mengenangkan betapa elusifnya sesebuah DA itu, klasik atau tidak, capai
dan bayar sahaja lah…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment