Tatkala
memeriksa bekalan baccy tempohari, secara tidak sedar saya telah
mengumpulkan stok Frog Morton untuk dibelek-belek. Tidak banyak pun yang
tinggal. Dan apa yang ada hanyalah sisa-sisa yang tidak dapat
dibeli-ganti kembali. Dan tiba-tiba saya mendapati hati menjadi sangat
sayu…
Sedikit
masa dahulu, sebelum McClelland mengumumkan yang mereka akan
menghentikan pengeluaran blend-blend mereka, saya tidak pernah terfikir
untuk mengumpulkan blend Frog Morton dengan kadar yang banyak. Ini
kerana ia masih mudah untuk didapatkan pada ketika itu. Anda cuma perlu
mencapai kunci kereta anda, hidupkan enjin, dan memandu ke tobakonis
berdekatan dan mendapatkan sebuah nikmat blend English crossover untuk
sesi pipa petang anda. Sekarang, dengan jumlah yang ada di dalam
simpanan saya ini, saya merasakan yang ianya tidak cukup dan bakal
kehabisan tidak lama kemudian.
Jika
anda tidak familiar dengan perkataan “blend crossover”, secara
ringkasnya ia adalah blend-blend yang mempunyai campuran tembakau
latakia seperti sebuah blend English yang lengkap, akan tetapi ia juga
memiliki kualiti blend aromatik. Kebiasaannya, ia diperisakan sedikit
demi membantu pemipa junior untuk menerima blend sebegini dengan baik
pada peringkat awal hobi perpipaan mereka. Ini kerana faktor tembakau
latakia itu sendiri yang mungkin agak tengik, busuk atau pelik buat
mereka yang pertama kali mencubanya, kebarangkalian pemipa muda untuk
membenci blend English di peringkat ini adalah agak tinggi. Dan
disinilah peranan blend crossover dimainkan, kerana ia adalah sebuah
campuran yang masih adalah bersifat English namun lebih smooth, lebih
ringan dan kebiasaannya lebih diaromatikkan, maka ia lebih senang
diterima oleh pemipa pemula ataupun mereka yang baru mahu berjinak
mengenali latakia.
Akan
tetapi, sejauh manakah efektifnya blend Frog Morton sebagai sebuah
blend crossover, membantu golongan pemipa pemula ini mengenali
blend-blend latakia? Sangat membantu, kerana saya juga mengalami keadaan
yang sama! Saya sendiri adalah salah seorang dari pemipa yang berjaya
didekatkan dengan latakia olehnya. Bermula dengan sampel Frog Morton On
the Bayou, dua bowl awal saya memberikan perasaan berkecamuk – adakah
aku tengah membakar kuku atau bulu unta kering? Rasanya agak pelik,
sukar untuk kita gambarkan apabila merasai latakia buat kali pertama.
Apa yang jelas, Frog Morton telah berjaya memperkenalkan kita dengan
elemen penting pertembakauan ini, sesuatu yang memang sepatutnya dicapai
oleh blend-blend crossover.
Walaupun
ribbon-ribbon gelap Frog Morton mungkin terasa sedikit kebasahan
apabila ia dipek ke dalam bowl pipa, pembakaran yang baik adalah mudah
untuk didapatkan. Sememangnya Frog Morton diciptakan untuk digunakan
sedikit lembap, demi memberikan anda lebih aroma dan flavor. Ini adalah
benar, kerana apabila sesi perpipaan mencapai 2/3 ke atas, aroma dan
flavor Frog Morton akan sedikit tenggelam – berkemungkinan kerana ia
sudah dikeringkan oleh haba pembakaran. Sesungguhnya memang jika
sesebuah blend aromatik yang memiliki kondisi tembakau yang sebegini,
akan saya prep atau keringkan sehingga paling tidak dua hingga ke tiga
jam. Namun tidak buat Frog Morton, kerana saya tahu ia adalah “ready”
walaupun di dalam keadaan yang sebegitu rupa.
Dan
yang paling penting, blend-blend Frog Morton tidak membakar panas
sepertimana kebanyakan blend-blend yang sebegini lembap (kebiasaannya
adalah aromatik). Itulah yang membuatkan ramai pemipa, tidak mengira
sama ada yang baru mahu berjinak-jinak dengan blend English ataupun yang
sememangnya hanya menyukai blend-blend English, sangat asyik dengannya.
Dengan itu tidak hairanlah jika kita terdengar orang mengatakan yang
blend Frog Morton adalah blend crossover terbaik yang pernah dihasilkan.
Akan
saya risaukan tentang hari-hari mendatang dimana tin-tin ini akan habis
dan tidak akan dapat dicari kembali. Mungkin ia masih boleh didapati
pada bootleggers di pasaran gelap kelak, dengan harga 10 kali ganda dari
apa yang anda bayar sekarang. Atau mungkin setin yang tidak dibuka akan
disimpan rapi oleh tobakonis-tobakonis, sebagai satu “display” atau
hiasan kedai, yang akan mengundang air liur berciciran setiap kali kita
melawat tobakonis-tobakonis ini.
Dan
mungkin sekali-sekala kita akan terjumpa tin kosong simpanan cellar
kita sendiri, untuk dikeluarkan dan dicium-cium, yang mana aromanya akan
mengimbaskan semula saat riang ini – sebuah petang yang damai dengan
tin Frog Morton masih penuh di tangan dan aroma coffee, mocha, dried
fruit dan tengik latakia seperti rumput kering salai yang sangat
menyelerakan ini bermain di nasal kita, membawa bersamanya jaminan
cool-smoking yang utuh.
Oleh
yang demikian, mari lah kita minum petang dan “toast” kan ucap selamat
kepada seekor katak yang mewarnai dunia perpipaan kita dengan girang
sepertimana girangnya seekor katak tatkala hujan, sebelum kita
kehilangan siri indah ini buat selama-lamanya.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!