Begitulah
perihalnya dengan pipa Peterson. Tidak banyak Peterson bergrain cantik
yang kita boleh temui di sini. Banyak yang “decent” atau bersifat
sederhana, dan mengirakan yang Peterson adalah lebih dikenali dengan
kemasan perak dan nikel mereka, ia semestinya sesuatu yang sudah cukup
baik buat kita. Tidak juga mahu saya lupakan yang Peterson adalah sangat
terkenal dengan “reliability” pipa-pipa mereka – hampir kesemuanya
adalah “good smoker” tanpa mengira dari apa jenis model pun. Mungkin
kerana itulah, kita jarang mempedulikan kepada kontras unjuran grain
dari pipa-pipa yang diusahakan di Dublin ini.
Namun
awas, disebalik praktikaliti itu, jangan memandang rendah terhadap
birdseye, straight dan flame grains dari Peterson. Mereka mampu untuk
“rock your fiammata world” jika kena pada gayanya. Memang wujud
pipa-pipa Peterson yang memiliki unjuran grain yang mampu membuatkan
Castello tersedak ataupun Viprati menangis. Cuma permasalahannya, untuk
mencari grain-grain bertahap “killer” dari Peterson adalah sesuatu yang
tidak mudah.
Agak
menarik untuk memerhatikan betapa walaupun pengeluran straight grain
mereka tidak banyak, apabila Peterson menghasilkannya ia adalah umpama
permata yang sangat bersinar. Lihat sahaja pada unjuran grain pipa-pipa
yang cantik ini. Ia adalah suatu karya alami yang saya tidak jemu-jemu
menilik. Unjuran grain lurus yang mengkhayalkan ini berunjur cantik dari
bahagian bawah bowl terus ke atas, dan setelah melepasi “fuller” ia
timbul pula di permukaan crown bulldog ini sebagai birdseyes, dengan
pusar-pusar grain halus yang sangat menawan ia kelihatan persis seperti
pusar bulu rusa pula.
Terasa
sayang pula menggunakannya untuk smoking akan tetapi itu adalah tugas
utama sesebuah pipa, dan pipa-pipa bergrain baik ini membuktikan yang
mereka bukanlah hanya seperti “beauty pageant” semata-mata. They all
smoke wonderfully, like all Peterson do. Versatiliti inilah yang
menjadikan Peterson sangat collectible kepada pemipa-pemipa dan juga
peminat smoking parnaphelia dan segala macam tobakiana. Anda bukan
setakat boleh mempamerkannya di dalam balang kaca sahaja, malah anda
juga boleh menikmati sesi perpipaan yang sangat baik dengannya.
Dek
kerana itulah, keadaan akan menjadi agak sukar bagi saya apabila
menemukan pipa-pipa Peterson bergrain indah di tobakonis-tobakonis
serata dunia. Anda akan mendapati diri anda di dalam sebuah kemelut
indah yang menjadikan anda serba tak kena.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment