Disebalik
kemahsyuran jenama-jenama pipa Itali dan artisanal dunia dengan
briar-briar Calabrian dan Corsican mereka; sering datang dengan unjuran
grainnya yang cantik dan menghasilkan banyak fiammata yang memukau
minda, atau kemegahan briar-briar Algerian dari jenama terkemuka British
yang memiliki struktur kayu yang keras hingga sesuai untuk proses
rustifikasi dan sandblasting yang lebih signifikan dan mendalam,
pipa-pipa Peterson yang kita biasa jumpa di rak-rak tobakonis tempatan
kelihatan seperti “uninspired” dan “make do” dengan apa yang mereka ada.
Begitulah
perihalnya dengan pipa Peterson. Tidak banyak Peterson bergrain cantik
yang kita boleh temui di sini. Banyak yang “decent” atau bersifat
sederhana, dan mengirakan yang Peterson adalah lebih dikenali dengan
kemasan perak dan nikel mereka, ia semestinya sesuatu yang sudah cukup
baik buat kita. Tidak juga mahu saya lupakan yang Peterson adalah sangat
terkenal dengan “reliability” pipa-pipa mereka – hampir kesemuanya
adalah “good smoker” tanpa mengira dari apa jenis model pun. Mungkin
kerana itulah, kita jarang mempedulikan kepada kontras unjuran grain
dari pipa-pipa yang diusahakan di Dublin ini.
Namun
awas, disebalik praktikaliti itu, jangan memandang rendah terhadap
birdseye, straight dan flame grains dari Peterson. Mereka mampu untuk
“rock your fiammata world” jika kena pada gayanya. Memang wujud
pipa-pipa Peterson yang memiliki unjuran grain yang mampu membuatkan
Castello tersedak ataupun Viprati menangis. Cuma permasalahannya, untuk
mencari grain-grain bertahap “killer” dari Peterson adalah sesuatu yang
tidak mudah.
Perkara
pokok di dalam hal ini adalah disebabkan oleh fakta asas iaitu
sememangnya Peterson tidak banyak mengeluarkan pipa-pipa straight grain.
Pipa-pipa Peterson dikategorikan sebagai factory pipes dengan
pengeluaran beribu pipa setahun, bukan pengeluaran artisanasal yang
sememangnya memiliki input pengeluaran yang rendah lantas berkemampuan
untuk memilih secara teliti akan blok-blok briar yang mereka mahu
gunakan. Perkara ini adalah sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan
oleh Peterson kerana mereka membeli briar secara pukal – di dalam jumlah
yang besar. Untuk pengeluaran beribu pipa setahun, masakan anda
mempunyai masa dan tenaga untuk memilih briar satu-persatu? Juga perlu
kita lihat yang Peterson menempatkan produk mereka di segenap segmen
pemipa, dari entry level, budget range, middle level, pipa-pipa memorial
(seperti model St Patrick, Molly Malone, Sherlock Holmes etc) dan high
level. Jadi pengeluaran pipa-pipa straight grain bukanlah satu keutamaan
bagi mereka dan ia, walaupun ada, hanyalah sebahagian kecil dari
produksi tahunan Peterson.
Selain
itu kita juga harus melihat kepada pasaran pipa dunia dan
pemfokusannya. Banyak pipa-pipa Peterson yang memiliki unjuran grain
yang cantik akan dikeluarkan sebagai keluaran “high grade”, dan sayang
sekali seleksi gred-gred sebegini biasanya disasarkan ke pasaran Eropah
dan China. Di dalam perihal ini, kita harus akur akan kuasa membeli dari
dua benua ini, terutamanya China. Mereka sanggup berhabis demi
mendapatkan kualiti dan gred terbaik jadi tidak hairanlah banyak
pipa-pipa Peterson pada kategori ini akan dihantar ke sana. Walau
bagaimanapun kita di Malaysia ini harus juga bersyukur kerana kita masih
dapat menikmati beberapa high grades yang masih sangat bertuah turut
dihantar ke sini, walaupun di dalam kuantiti yang tidak banyak.
Agak
menarik untuk memerhatikan betapa walaupun pengeluran straight grain
mereka tidak banyak, apabila Peterson menghasilkannya ia adalah umpama
permata yang sangat bersinar. Lihat sahaja pada unjuran grain pipa-pipa
yang cantik ini. Ia adalah suatu karya alami yang saya tidak jemu-jemu
menilik. Unjuran grain lurus yang mengkhayalkan ini berunjur cantik dari
bahagian bawah bowl terus ke atas, dan setelah melepasi “fuller” ia
timbul pula di permukaan crown bulldog ini sebagai birdseyes, dengan
pusar-pusar grain halus yang sangat menawan ia kelihatan persis seperti
pusar bulu rusa pula.
Terasa
sayang pula menggunakannya untuk smoking akan tetapi itu adalah tugas
utama sesebuah pipa, dan pipa-pipa bergrain baik ini membuktikan yang
mereka bukanlah hanya seperti “beauty pageant” semata-mata. They all
smoke wonderfully, like all Peterson do. Versatiliti inilah yang
menjadikan Peterson sangat collectible kepada pemipa-pemipa dan juga
peminat smoking parnaphelia dan segala macam tobakiana. Anda bukan
setakat boleh mempamerkannya di dalam balang kaca sahaja, malah anda
juga boleh menikmati sesi perpipaan yang sangat baik dengannya.
Buat
sementara ini, nikmatilah apa yang ada di depan mata kita. Pencarian
pipa Peterson dengan unjuran grain yang baik memakan masa yang agak lama
sebenarnya, kerana tidak banyak yang betul-betul “worthy” untuk
diklasifikasikan sedemikian. Walau bagaimanapun kesabaran anda untuk
menanti dan memburu sudah tentu sangat berbaloi dan memuaskan, apabila
harinya tiba di mana sebuah pipa Peterson yang memiliki grain cantik bak
menyusun sekam di bowl pipa, akan anda miliki. Buruan untuk kepuasan
sebeginilah yang membuatkan pencarian dan kunjungan kita ke
tobakonis-tobakonis berbaloi dan sangat “rewarding”.
Dek
kerana itulah, keadaan akan menjadi agak sukar bagi saya apabila
menemukan pipa-pipa Peterson bergrain indah di tobakonis-tobakonis
serata dunia. Anda akan mendapati diri anda di dalam sebuah kemelut
indah yang menjadikan anda serba tak kena.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!