Di
zaman ini bilamana penggunaan tembakau adalah agak taboo dan dipenuhi
prejudis-prejudis masyarakat umum, sekali-sekala kita dihadiahkan dengan
kejutan apabila ia muncul di layar perak.
Filem-filem
yang mengisahkan sesebuah cerita yang berputar di sekitar abad ke 19
dan 20 sering menggunakan prop yang melibatkan produk-produk tobakiana.
Sukar untuk industri perfileman lari dari perkara ini kerana tembakau –
dan pipa secara khususnya – adalah perkara umum pada ketika itu. Sedapur
pipa dengan tembakau yang enak adalah ibarat sebuah pencuci mulut atau
dessert yang menyamankan, untuk mengiringi makan tengahari atau malam.
Malahan, pipa adalah satu keperluan ketika seseorang itu keluar dari
rumah. Mungkin kerana itulah ramai umat manusia zaman tersebut mampu
untuk hidup hampir atau lebih dari 100 tahun? – sesuatu yang kita cuba
kejar sekarang dengan powerbar, multigrains-everything, dan pil-pil
supplement yang kita telan disepanjang hari?
Kebetulan
baru-baru ini filem “The Hateful Eight” arahan Quentin Tarantino
ditayangkan di kaca-kaca tv kita (saya tidak pasti adakah filem ini
ditayangkan di pawagam kita sedikit masa dahulu?). Filem ini mengisahkan
tentang seorang algojo John “The Hangman” Ruth (lakonan Kurt Russel)
yang menangkap seorang penjenayah wanita sebagai tawanannya, yang sedang
dibawanya ke pekan Red Rock untuk ditebus ganjaran ke atasnya. Tanpa
disedarinya keluarga penjenayah ini telah pun merancang untuk
menggagalkan hasrat algojo itu di sebuah rumah tumpangan Minnie
Haberdashery yang berada di laluan sang algojo tersebut sebelum beliau
mampu untuk sampai ke pekan Red Rock. Akan tetapi apa jua yang keluarga
penjenayah itu rancangkan, mereka tidak menyangka yang algojo itu turut
membawa seorang Jeneral Confederates yang juga seorang bounty hunter,
Marquis Warren (lakonan Samuel L. Jackson) dan seorang pemuda yang
mengaku beliau adalah sheriff Red Rock yang baru yang kebetulan
menumpang John Ruth di dalam perjalanan ini.
Diceritakan
dengan penuh dramatik – sesuatu yang anda akan terbiasakan jika anda
pernah menonton karya Tarantino yang lain seperti Kill Bill, Pulp
Fiction – filem ini memiliki jalan cerita yang sangat menarik dan saya
sememangnya menganjurkan anda untuk menontonnya, with or without
tobacciana stuff.
Namun
semestinya terdapat banyak babak-babak yang menyentuh perihal tobakiana
di dalam The Hateful Eight. Di babak-babak awal ketika sang algojo dan
tawanannya menemui Jeneral Marquis Warren dan memberikannya ruang untuk
menumpang ke Red Rock, mereka telah menyalakan pipa masing-masing sambil
berbual-bual di dalam kabin kereta kuda milik sang algojo. Tiada jenama
pipa kelihatan kecuali pipa yang digunakan oleh sang algojo iaitu
Mastro de Paja, dan tembakau pun berkemungkinan sudah dipek awal-awal
lagi, namun keselesaan mengulit-ulit pipa dan menghembuskan asap di
dalam cuaca bersalji adalah sangat mendamaikan.
Tobakiana
turut digunakan sebagai penentuan untuk mencari perkara yang benar oleh
Jeneral Marquis Warren apabila beliau bertanyakan kepada salah seorang
penjenayah yang menyamar sebagai pekerja baru rumah tumpangan akan
adakah tuannya Minnie (yang mereka telah bunuh pada awalnya dan
memberitahu rombongan algojo terbabit yang Minnie baru pulang ke kampung
pada pagi sebelumnya) masih berpipa dengan baccy “Old Quill”. Ini
adalah sangat logik kerana pada waktu itu, blend-blend yang ada tidaklah
sebanyak sekarang dan amat mudah untuk seseorang pemipa menjadikan
sesebuah blend sebagai “go-to” blend mereka. Tidak menyangka yang
sasaran mereka mengenali tuan punya rumah tumpangan ini dengan sebegitu
terperinci, penjenayah terbabit menyatakan yang tuan rumah tumpangan itu
bukanlah seorang pemipa, sebaliknya hanya menghisap tembakau gulung
“Red Apple”.
Red
Apple dikatakan adalah blend rokok fiksyen kegemaran Quentin Tarantino
sendiri dan beliau selalu menyelitkan penggunaan tembakau Red Apple ini
di dalam filem-filemnya. Penggunaan tembakau Red Apple di dalam The
Hateful Eight ini juga adalah agak meluas – sebagai tembakau pipa
Minnie, tembakau gulung yang juga digunakan Minnie ketika beliau
menerima kedatangan penjenayah-penjenayah terbabit sebelum beliau
dibunuh, dan penggunaan rokok “Manzana Roja” oleh salah seorang
penjenayah tersebut apabila rombongan algojo sampai di Minnie
Haberdashery. Manzana Roja adalah “red apple” jika diterjemahkan dari
bahasa Sepanyol. Manzana Roja, how nice!
You
see, bagaimana pembudayaan tembakau mencerminkan impak yang sangat
besar di dalam kehidupan dunia lalu. Dan walaupun penggunaan tembakau
adalah besar dan normal pada ketika itu, masalah-masalah kesihatan yang
mereka alami tentunya jauh lebih kecil berbanding dengan apa yang Kita
ada sekarang. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, penggunaan
tembakau pada kadar yang moderate adalah baik dan menenangkan. Namun,
prejudis masyarakat adalah membuta-tuli dan immature, dan itu sangat
mendukacitakan kita.
Jadi
betulkah hidup tanpa tembakau adalah kehidupan yang amat sihat? Jika
benar, maka golongan anti-tembakau sepatutnya sangat sihat dan tidak
jatuh sakit barang sedikit pun…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!