My
Lady Nicotine berasal dari rentetan esei untuk majalah keluaran pada
ketika itu – St James’s Gazette – dan hasilnya kemudian dibukukan. Ia
mula ditulis pada ketika J.M. Barrie di lewat 20-an, dan hasil penulisan
ini adalah bersifat agak jujur kerana J.M. Barrie sendiri adalah
pengguna tembakau dan pemipa yang tegar dan melalui literasi ini beliau
secara sangat bersahaja tetapi penuh penjiwaan menzahirkan pandangan dan
penceritaanya terhadap dunia tobakiana dan perpipaan.
Penulisan
awal dari J.M. Barrie ini turut dijadikan perbandingan dengan beberapa
karya hebat dunia pertembakauan seperti siri Sherlock Holmes dari
penulis terkenal Sir Arthur Conan Doyle. Malah, boleh dikatakan yang
J.M. Barrie sebenarnya melangkau lebih jauh dari rakan baiknya Arthur
Conan Doyle, dimana beliau telah pun menghasilkan satu karya yang
sememangnya berteraskan dunia tembakau, perpipaan dan percerutan dengan
My Lady Nicotine.
Mengapa
Sherlock Holmes lebih dikenali sebagai karya agung dunia perpipaan
mungkin berkait rapat dengan popularitinya yang lebih jauh dikenali
berbanding My Lady Nicotine. Padahal, karya terkenal Sir Arthur Conan
Doyle (yang sememangnya adalah kawan baik kepada J.M. Barrie) hanya
menampilkan dunia tembakau secara selingan, dimana penggunaan tembakau
pipa Holmes, Dr Watson dan watak-watak lain disekitarnya hanya
diselitkan di dalam siri fiksyen terkenal itu. Akan tetapi My Lady
Nicotine menampilkan dunia tembakau dan pipa secara sangat khusus dan
terperinci, menjadikannya sebagai subjek teras kepada literasi
berkenaan.
Sudah
tentu anda tahu yang antara keagungan yang disebut-sebut di dalam karya
ini adalah blend Arcadia. Blend asal yang menjadi referensi dikatakan
adalah Craven’s Mixture – dan berdasarkan fakta dari blendernya Carreras
Tobacco Company, J.M. Barrie sendiri adalah penggemar setia Craven
Mixture dan hanya menggunakan blend tersebut secara eksklusif; jadi
boleh dikatakan penulisannya dan referensinya kepada “Arcadia Mixture”
adalah mengenai blend Craven Mixture ini.
Lonjakan
dari literasi inilah juga yang menyebabkan Craven Mixture sangat
popular dan keluarannya selepas penerbitan My Lady Nicotine menyaksikan
tin Craven Mixture turut menyertakan sedikit “quote” dari karya
terbabit. Mungkin, J.M. Barrie mendapat royalti yang baik dari syarikat
ini, atau mungkin juga beliau mendapat bekalan percuma Craven Mixture di
sepanjang hayatnya, tidak lah kita ketahui namun ia sememangnya adalah
satu akreditasi yang tinggi bagi sesebuah blend untuk mendapat tempat di
dalam satu penulisan yang hebat.
Tetapi
apa yang lebih nyata adalah disepanjang pertengahan abad ke 20
hinggalah sekarang, banyak rejuvenasi blend yang mahu menggondong
“accolade” Arcadia ciptaan J.M. Barrie ini, dan tiada satu pun yang
setanding dengan fiksyennya. Pendapat peribadi saya mungkin cenderung
kepada McClelland 221B Arcadia tetapi mungkin masih ada peluang untuk
lain-lain pengeluar blend / blender tembakau untuk menzahirkan Arcadia
dengan lebih baik dan lebih jitu.
Apa
yang lebih menarik adalah referensi silang di antara kedua penulis ini
tentang Arcadia Mixture – yang hadir pada kedua-dua karya agung dua
sahabat ini (Sherlock Holmes dan My Lady Nicotine). Ini membuktikan yang
Arthur Conan Doyle dan Barrie adalah sahabat yang sangat akrab, dan
mungkin juga salah satu teman watak utama di dalam My Lady Nicotine juga
menggambarkan Arthur Conan Doyle sendiri? Atau adakah watak Dr. Watson
di dalam Siri Sherlock Holmes menggambarkan Barrie sendiri?
Hal ini adalah amat menarik untuk dikaji, terutamanya kepada peminat dan pelajar “literature”.
…bersambung
di bahagian II minggu hadapan ; yang menampilkan beberapa konteks lagi
seperti anekdotal perpipaan zaman Victorian, sinister dan satira
kemasyarakatan terhadap dunia tobakiana zaman itu, semangat setiakawan
atas perpipaan dan sesuatu yang agak sama dengan temu-pipa / pipemeets
seperti yang kita alami sekarang.
Jumpa di bahagian II minggu hadapan!
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!