Tuesday, 29 March 2016

Asas Pemipa Pemula : Mari Membina Dapur @ "Cake"!

Telah pun kita berbincang mengenai hikayat dan mitos yang menyelubungi pembinaan dapur atau "cake" di dalam bowl pipa kita tempohari. Sesungguhnya memang menyeronokkan melihat kreativiti orang dulu-dulu ini, yang secara tidak langsung membuktikan yang mereka pun mengambil berat akan pipa kepunyaan sendiri. Ini juga menunjukkan betapa istimewa dan "personalized"nya pipa kepada mereka.

Di sebalik itu, kita, sebagai pemipa pemula, sudah tentunya risau dan teruja di dalam konteks pembinaan kek untuk pipa kita sendiri. Perhatian yang lebih untuk bab ini pastinya menjadi satu perkara yang penting buat seorang pemipa pemula, walaupun sering dilihat sebagai "tidak perlu" oleh pemipa-pemipa senior. Ini kerana sebagai pemula, tentunya kita takut pipa yang baru dibeli terbakar bowlnya.

Pelaburan yang anda buat untuk pembelian pipa pertama sememangnya tinggi - kalau bukan dari segi nilai, mungkin dari segi masa dan usaha yang diperuntukkan untuk mendapatkannya - jadi anda memiliki sebab yang kukuh untuk risau akan bowl pipa baru anda.

Ianya agak relevan kerana kebanyakan pemipa pemula masih tidak arif di dalam bab "control puffing" dan kebarangkalian untuk menyedut secara kerap dan kuat adalah tinggi. Jadi, pemipa pemula atau mana-mana pemipa yang tidak ambil peduli soal kepanasan bowl ketika berpipa adalah tergolong dalam mereka yang berisiko untuk menghasilkan pipa-pipa dengan bawah bowl yang terbakar, tembus dan paling tidak mencipta "charring" di dasar bowl.

Kita seringkali juga mendengar banyak langkah-langkah untuk menghasilkan dapur atau kek secara baik dan cepat. Bagi pemipa pemula, mereka tentunya tidak senang hati berpipa di dalam keadaan dapur yang masih belum terbina, jadi selalunya mereka akan cuba sedaya upaya untuk membina dapur secepat mungkin. Penggunaan bahan-bahan tradisional untuk tujuan ini adalah sangat menarik dan seharusnya dikaji.

Penggunaan madu, kopi, susu, gula, nescafe dan sebagainya, seperti yang telah kita bincangkan di aetikel "mitos cake" tempohari, mungkin dapat membantu. Saya mengatakan "mungkin", kerana secara teorinya bahan-bahan sebegini akan meng"caramelized" di dasar dan dinding dalam bowl apabila panas, sekaligus menjadi asas kepada pembinaan kek yang baik. Namun apa yang berlaku di sini sedikit sebanyak mempengaruhi rasa tembakau yang dihisap. Jika anda mahukan keaslian rasa tembakau, anda mungkin akan merasa sedikit ralat untuk menyapu madu atau nescafe di dasar dan dinding bowl pipa anda.

Walau bagaimana pun, bagi saya langkah yang paling mudah dan "sempoi" untuk membina kek dengan cepat adalah dengan menghisap pipa anda secara kerap. Lama-kelamaan, anda akan dapati kek yang cantik akan terhasil. Jika anda kurang rajin membersihkan pipa setiap kali menikmatinya, kek akan lebih cepat terhasil tetapi mungkin bentuknya tidak sekata. Jika anda rajin, lalukan pipecleaner untuk membersihkan lembapan dan guna "tamper reamer" (salah satu alat dari tamper tool standard, yang kelihatan seperti sudu) untuk membersihkan habuk-habuk yang kasar, tetapi tinggalkan habuk putih yang halus itu, yang mana jika anda ketuk bowl pun dia tidak akan keluar. Habuk yang melekat pada dinding bowl inilah yang akan menjadi lapisan kek yang cantik dan sekata kelak.

Terdapat juga beberapa pemipa senior yang akan menutup bowl dengan ibu jari dan menggoncangkan pipa mereka setelah selesai berpipa, dimana abu baccy yang terperangkap akan tersebar di dalam ruang pembakaran. Kemudian ia akan dibuang dari dalam bowl dan yang tinggal adalah abu putih baccy yang paling halus yang akan melekat secara sekata di bahagian permukaan dalam bowl. Abu putih ini sangat berharga - ia akan membantu anda menghasilkan kek yang sekata pada kadar yang pantas.

Juga, jangan lupa kekerapan bukanlah satu-satunya ultimatum - hisaplah pipa anda sampai ke dasar bowl juga. Sudah menjadi lumrah pemipa pemula untuk meninggalkan sedikit tembakau di dalam pipa kerana biasanya hisapan sampai ke dasar bermaksud anda harus menerima kepahitan dari tembakau yang telah terbakar. Untuk mengelakkan hal ini, cuba untuk tidak menggunakan pemetik api jenis "torch" dan kawal kadar pembakaran tembakau di dalam bowl, kerana suhu pembakaran yang terlalu tinggi akan mengakibatkan kepahitan dari tembakau yang "over-burned" atau rasa jelaga hangus menjelma.

Nasihat saya, nikmatilah sesi perpipaan anda secara perlahan dan terkawal - relaks - dan anda tentunya mampu untuk mendapatkan kek itu dalam jangkamasa yang ideal. Seperti yang dikatakan tadi, walaupun ramai pemipa senior mungkin beranggapan yang pembinaan kek ini adalah "overrated" dan tidak perlu, ia tetap adalah satu budaya perpipaan kita sendiri (terutamanya bab penyediaan bahan-bahan tempatan untuk pembuatan kek), satu dimensi yang masih menarik untuk dikupas.

Jadi, jika anda berpeluang menemui pemipa-pemipa veteran yang pandai menggunakan baham-bahan tradisi untuk pembinaan cake ini, saya nasihatkan anda cubalah dengan salah satu pipa anda, catitkan ramuannya, lakukan observasi anda dan kongsilah bersama. Perkara sebegini mungkin baik untuk senario perpipaan kita dan janganlah kita memandang remeh akan ilmu-ilmu terdahulu; kerana sebagaimana ilmu falak ditafsir jika kita tidak memiliki asas astronomi; ia mungkin kelihatan mengarut pada mata kasar namun sangat monumental untuk bidang aeronautik dan pelayaran di lautan.

White Light / White Heat : Tinjau-intai Balkan Sasieni.

Hujung minggu adalah waktu beriadah terbaik, terutamanya setelah sepanjang minggu duduk dalam "aircond". Walaupun hanya memongkes dan "trim" pokok bunga kertas, musim-musim panas sebegini di dalam cuaca serba panas memang baik untuk badan berpeluh.

Mertua saya sangat sayangkan pokok-pokok bunganya. Beliau melarang saya untuk berpipa sambil membantunya disekitar pokok-pokok ini, walaupun saya cuba mengaitkan teori karbon dioksida dan monoksida dari asap yang baik untuk proses fotosintesis. Dengan hati yang bungkam, saya memasang earphone ke telinga dan lagu "White Heat / White Light" dari The Velvet Underground mengiringi sesi perkebunan ini. Sangat "anthemic" dan "ground-stomping", bukti yang Lou Reed dan rakan-rakan sememangnya genius muzik dan lagu ini juga adalah salah satu penonjolan muzik era proto-punk di dalam pakej rock n' roll yang standard, dimana bagi saya ia adalah satu olahan yang sangat baik sekali.

Selepas selesai dengan bunga kertas putih ini, saya menyediakan Balkan Sasieni ke dalam pipa meerschaum putih gebu rhodesian hasil garapan Hakan Cantekin, pembuat pipa meerschaum Turki. Ya, putih adalah tema kita hujung minggu ini!

Balkan Sasieni adalah satu usaha penghasilan semula blend legenda Balkan Sobranie yang telah pun dihentikan pengeluarannya sejak sekian lama. Jadi boleh dikatakan emulasi yang dilakukan semestinya mencakupi design tin - dari jauh saling tak tumpah dengan Balkan Sobranie - dan tentunya komposisi blend. Secara psikologinya, pengekalan design ini sememangnya mampu mengimbau kenangan baccy lama tetapi saya sendiri tidak pernah merasai Balkan Sobranie jadi saya tentunya tidak mampu untuk memberikan perbezaan antara keduanya dalam intai-tinjau ini mahupun di dalam ulasan baccy di masa yang akan datang.

Memasuki hampir bowl ke lima belas sejak mendapatkannya, saya agak kagum. Walaupun persepsi awal saya tidak begitu baik - kerana blend ini dilabel jauh dari Balkan Sobranie sebenar - ia adalah sebuah blend Balkan yang sangat lembut dan "smoky" sejak dari bowl pertama. Impresi tersebut kekal hingga ke bowl-bowl yang mendatang, sangat konsisten dan baik sekali.

Tahap ekstrem kelembutan dan "smokiness"nya memberikan saya bayangan yang ini adalah lebih hampir kepada Dunhill My Mixture 965, dan jika diteliti komposisi My Mixture juga memiliki campuran Macedonian bright - memberikan anda satu laungan "Wow, patutlah!" yang kuat di dalam minda. Terima kasih kepada daun ini, Balkan Sasieni adalah lembut di palate dan lidah, tanpa sedikit pun "tanginess" mahupun "tartness". Namun, peminat bright virginia yang mahukan kemanisan blend mungkin akan hampa, kerana kemanisan virginia tidak menonjol di sini.

Melupakan glukosa, penggunaan "old virginia" adalah satu lagi "wow!" - ia memberikan tona lembut yang memacu blend ini terus ke hati anda. Saya akui, melabel sesuatu se"generic" ini (old virginia - adakah ia kultivasi "old belt" atau dihasilkan secara "old fashioned", anda hanya mampu meneka) adalah agak mengecewakan kerana kita tidak dapat informasi yang tepat. Namun di sebalik kekeliruan ini, mujurlah gabungan "old virginia" (whatever it is) ini dengan daunan Macedonian dan latakia memberikan sedikit flavor "nutty", disebalik "smokiness" yang sudah tidak dapat disangkal lagi dari blend Balkan ini.

Disebalik segala "creaminess" dan "smokiness" Balkan Sasieni, blend ini adalah antara baccy yang anda mahu melemaskan diri anda dengan asap dan menarik hela nafas - untuk memberi sedikit ekspresi nasal kepadanya. Gabungan kenikmatan dari palate dan nasal ini akan membuatkan anda hanyut di dalam alunan ritma Balkan dendangan blend emulasi legenda.

Apa yang kurang, adalah orientasi oriental. Mungkin dengan hanya daunan Macedonia, "spiciness" yang kita harapkan dari oriental tidak naik seperti biasa. Sesetengah oriental yang baik juga agak "tangy" - satu faktor yang Balkan Sasieni tidak berupaya untuk emulasikan. Malah, mungkin ia lebih menjurus kepada English proper daripada Balkan. Ini, mungkin berubah apabila baccy mendapat sedikit masa jadi ia masih di bawah pemerhatian saya.

Balkan Sasieni memiliki potensi yang agak besar namun mungkin kerana perhatian pemipa lebih tertumpu kepada perbandingannya dengan Balkan Sobranie, ia agak tersekat di situ. Sudah tentu, bagi saya ia adalah alternatif terbaik buat Dunhill 965 dan dengan flavor "smokiness" yang lembut dan enak, perbandingan di atas mungkin sudah tidak wajar lagi.

Seronok untuk melihat sesuatu blend dengan potensi besar sebegini membangun dan memberi persembahan terbaik, setelah sedikit masa "cellaring" diberikan. Mungkin seperti mana album White Light / White Heat ini yang tidak dipedulikan di awal keluarannya pada 1968 dan mulai meraih perhatian sejak bassist John Cale meninggalkan Lou Reed & The Velvet Underground dan menyertai bekas penyanyi asal mereka Nico. Sedikit perhatian diberikan selepas itu dan album ini mula mendapat sambutan.

Begitulah harapan saya, bak saranan The Velvet Underground di dalam lagu ini;
"White light, white light it lighten up my eyes,
White light, don't you know it fills me up with suprise..."


blow smoke rings...

Bila Dunia Menangisi Kehilangan Syrian Latakia.

Hari demi hari, kita dihadapkan dengan berita mengenai konflik di Syria. Dengan intensiti perang saudara dan campurtangan politik yang semakin meruncing di negara ini, kita seakan sudah pun boleh memberikan Syrian Latakia lambaian dan ciuman terakhir.

Konflik di Syria adalah satu contoh betapa menderitanya rakyat (dan pemipa sejagat) jika perang saudara tercetus dari perbezaan politik. Bermula dengan insiden anggota keselamatan melepaskan tembakan terhadap orang awam di dalam satu tunjuk perasaan, ia bergolak menjadi satu rusuhan yang membentuk militia di serata negeri.

Ini ditambah dengan campurtangan pihak luar seperti jihadist dan IS, maka perang saudara yang telah pun menjadi satu krisis politik yang melarat melanda Syria. Mungkin juga "the Arab Springs" yang berlaku di Mesir memainkan peranan, juga mungkin ada dalang-dalang tertentu yang mahukan pergolakan ini, namun krisis di Syria ini sudah pun menelan korban sebanyak 300,000. dan lebih 2.5 juta rakyatnya telah pun meninggalkan Syria sebagai pelarian perang.

Kita pemipa sememangnya berminat dengan isu ini kerana satu daerah yang istimewa; Latakia. Kita pun tahu di sini lah permulaan kepada penciptaan tembakau yang berstatus tinggi ini. Jadi, apakah yang ada untuk kita di sini?

Sebenarnya, tidak banyak yang boleh kita lakukan dan jangkakan mengenai Syrian latakia. Beberapa sumber menyatakan yang kultivasi tembakau "Shek-el-Bint" ini sudah pun terhenti sejak 30-40 tahun yang lalu. Konflik pada ketika itu, ditambah dengan faktor golongan muda yang tidak berminat untuk menceburi bidang ini, menjadikan penanaman dan kuktivasinya terhenti.

Jika masih ada pun, sukar untuk kita bayangkan akan kemajuan yang dapat dicapai disebalik pertelingkahan antara dua fahaman politik ini, pengeboman dan keganasan yang menular. Ramai golongan tua yang cuba untuk melarikan diri dari peperangan ini, manakala golongan muda pula menyertai pihak pemberontak. Jadi, masihkah ada kultivasi tersebut?

Apa yang pasti ada, adalah bekalannya. Blending-blending house semuanya mempunyai gudang-gudang penyimpanan tembakau yang besar. Di sanalah mereka menyimpan semua daunan tembakau yang bakal dijadikan blend. Dan di sanalah juga daun hebat ini menunggu masa untuk diblendkan dengan adunan lain-lain tembakau.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, begitulah nasibnya kita pemipa apabila salah satu gudang yang menyimpan bekalan Syrian latakia ini telah hangus terbakar pada 2004. Ini menyebabkan beberapa blending house seperti G.L Pease keputusan bekalan secara rasminya. Namun, perkara ini ada kebaikannya kerana selepas itu Greg Pease sendiri telah mempertingkatkan kualiti dan kehebatan permainan latakia blendingnya dengan menghasilkan blend-blend berteraskan Cyprian latakia yang sangat baik seperti Jacknife Plug, Westminster, Lagonda dan terbaru Gaslight. Adakah blending house lain mahu menjual bekalan Syrian latakia mereka? Sudah tentu tidak.

Kesan dari keputusan bekalan Syrian latakia ini akan lambat laun melanda kita juga. Setakat ini kita masih memiliki beberapa blend yang menggunakan Syrian latakia seperti Frog Morton Across The Pond, Mac Baren The Solent Mixture, dan sudah tentunya blend unggul syurgawi Ashton Artisan Blend. Itu pun, kedua-dua blend terakhir sudah agak sukar untuk ditemui di sini. Kelak, terpaksalah kita beralih kepada variasi Cyprian sebagai alternatif.

Malah, dewasa ini juga banyak pihak yang mempersoalkan akan berapa banyakkah jumlah Syrian latakia yang digunakan untuk sesuatu blend yang diwar-warkan memiliki "Syrian" latakia? Blending house mana pun mampu untuk menggunakan Cyprian latakia sebagai komponen utama latakia di dalam sesebuah blend dan mencubit sedikit Syrian latakia (jadi mungkin kurang dari 1% pun) dan blend itu untuk ia dilabel sebagai blend Syrian latakia. Namun bagi saya, ini soal kredibiliti dan penjenamaan jadi blending house yang terkenal sudah tentunya tidak mahu nama dan imej mereka tercalar jika diketahui melakukan penipuan sebegini.

Memahami tindak tanduk manusia, kita selalunya akan menjadi sangat kreatif dan efektik apabila berada di dalam keadaan yang drastik. Oleh itu, kita boleh menjangkakan yang mungkin banyak lagi alternatif selain Cyprian latakia yang boleh tercipta, terutamanya apabila bekalan Syrian latakia betul-betul sudah kehabisan nanti.

Master blenders pastinya akan mengusahakan sesuatu untuk palate kita pemipa - we are in good hands. Jadi, walaupun langit nampaknya gelap sekarang, saya percaya banyak lagi yang akan menanti kita di kemudian hari. Apa yang kita perlu lakukan adalah teruskan berpipa dengan fikiran yang tenang dan positif.

Keep the faith

Dunhill Elizabethan Mixture.

Kedatangan Dunhill Elizabethan Mixture pada hujung 2014 di Malaysia sememangnya saya nanti-nantikan. Sebab utama adalah kerana ini bagaikan satu petanda baik yang Dunhill akan membuat "revival" blend-blend lamanya yang popular.

Dalam hal ini, ia ternyata benar kerana selepas Elizabethan, Aperitif dan Durbar pun tiba dan tak lama kemudian Baby Bottom (BB1938), Three Years Matured dan Ready Rubbed pula singgah di kedai-kedai baccy serata negeri.

Sebab kedua adalah tentunya legasi Elizabethan sendiri. Dikatakan ia adalah antara va/per terbaik yang Dunhill pernah hasilkan, dan tin-tin vintaj yang masih "survive" hingga ke hari ini terjual dengan harga yang mahal di e-Bay. Walaupun "hype" kemunculannya tidaklah setinggi Bell's Three Nuns, saya akui yang secara peribadi saya agak teruja dalam menantikan Elizabethan mendarat di sini.

Deskripsi baccy ini menerangkan tentang penggunaan beberapa dedaunan Virginia dan sudah tentu, perique sebagai "spice" kepada keseluruhan blend. Jadi, apa yang ada adalah "bona fide" va/per tanpa pengaruh dari unsur-unsur lain. Originaliti ini adalah sesuatu yang harus dipuji, kerana ia memudahkan pengklasifikasian blend dan juga menandakan konsistensi Dunhill dalam melakukan blend revival. Jika campuran tembakaunya sudah lain, bukankah sebaiknya ia diberi nama yang baru, bukan?

Persembahan tin dengan gambar dari keluaran lama dikekalkan, yang saya dapati sangat menarik. Imej kapal, pipa tanah liat, peta pelayaran dan buku log kabin memberikan sedikit "feel" zaman penerokaan "new world" di mana kultivasi tembakau dari pembukaan bandar-bandar baru di wilayah-wilayah kolonialisma membantu penyebaran tembakau-tembakau dari tempat-tempat yang eksotik balik ke empayar-empayar besar.

Secara peribadi saya sememangnya berfikiran yang blend-blend revival seharusnya mengekalkan unsur-unsur lama sebaik mungkin. Ini menambahkan "feel" dan citarasa kita untuk menikmati resepi-resepi mixture lama yang tentunya menarik untuk diterokai.

Sejurus selepas tin dibuka, kualiti Dunhill terserlah melalui persembahan untaian ribbon kecoklatan yang sekata, tanpa bahagian tangkai daun terselit sedikit pun. Ya, Dunhill memberikan anda 100% daun tembakau di sini. Untaian ribon virginia yang seragam ini memberikan not-not "hay" dan "grassy" yang enak. Juga dapat dilihat tompokan coklat gelap tembakau perique yang bertaburan di antara virginia, yang memberikan sedikit bauan tengik dan "musky" pada keseluruhan blend. Gabungan not-not ini memberikan kesatuan rasa "old school" yang baik.

Tidak lama masa yang diperlukan untuk mengepek tembakau ini ke dalam bowl. Elizabethan Mixture dapat menerima pembakaran dengan baik. "Charring lights" dan "true lights" adalah semudah ABC kerana keadaan tembakaunya yang agak kering dan ribon-ribon yang sekata. Sebaik "true lights" diperolehi, dapat kita rasakan dominasi virginia yang menyeluruh, dengan kualiti flavor seakan-akan "citrusy" dan sedikit rasa kayu manis di sana sini. Oleh kerana ribonnya agak kering, jangan terlalu gelojoh dengan sedutan anda, jika tidak bara "amber" akan menjadi terlalu panas dan rasa hangit gelang getah terbakar akan tercipta. Perique tidak dapat dijumpai lagi pada masa ini.

Penggunaan beberapa jenis daunan virginia ternyata memberikan impak yang sekata dan baik. Bright leaves dan darker virginia (dan mungkin sedikit red virginia) adalah komposisi asas blend dan tidak hairanlah blend va/per ini memiliki karakteristik full virginia - hangit jika terlalu panas. Namun dengan sisipan yang perlahan atau "slow cadence" anda dapat menikmati flavor virginia ini "layer by layer". Ini akan dapat anda sedari pada peringkat awal perpipaan, di mana perique masih belum muncul.

Sedikit menuju ke arah pertengahan bowl, perique mula memainkan peranannya. Walaupun tidak terlalu "spicy" seperti Peterson Irish Oak, ia membantu membangkitkan sedikit rasa "creamy" dan "breadiness" seakan roti gandum bakar pada keseluruhan rasa. Tidak terlalu kompleks tetapi sulaman yang baik antara kedua tembakau ini adalah sangat menyenangkan, santai dan "relaxing". Mungkin ada sedikit flavor "citrusy" dan plum kering disitu, namun tidak terlalu "overpowering" seperti kecenderungan yang ada pada tembakau cavendish. Struktur "body" tembakau yang baik juga dapat memberikan sedikit kepuasan pada keinginan nikotin anda.

Masuk ke penghujung bowl, perique mula mengambil alih kuasa dan menzahirkan rasanya yang sedikit pedas dan perit. Walaupun ia tidaklah terlalu kuat, transisi yang berlaku adalah sangat baik di mana palate kita disediakan dengan kadar hentaman perique yang rendah di permulaan, mulai muncul di pertengahan, dan sedikit dominan di suku akhir perpipaan. Tahap kepedasan perique juga adalah sederhana tinggi, menjadikan blend ini sangat baik untuk peminat va/per yang memiliki palate yang agak sensitif.

Malahan, saya mahu menyatakan disini bahawa Elizabethan mungkin membawa pendekatan atau "approach" yang lain dari blend-blend va/per standard - di mana perique adalah subjek utama dan virginia sebagai latar belakang. Dengan Elizabethan, perique seakan-akan hanya "taste-check" bagi anda menumpukan perhatian terhadap lapisan virginia-virginia yang menjadi asas blend tadi.

Ya, barangkali perique adalah seperti "taste separator" yang memungkinkan anda menikmati bright, dark dan red virginia secara optimum. "Spiciness" periquenya yang sedikit tenggelam memberikan penegasan terhadap rasa "breadiness", "toasty" dan "zesty" dari amalgamam virginia-virginia terbabit. Sungguh kemas bukan, "interweaving" dari tembakau-tembakau ini?

Apa yang tidak ada disini adalah "earthiness" yang selalu dikaitkan dengan blend-blend full virginia, terutamanya yang agak lembap dengan mineral oil dari tembakau itu sendiri. Namun, ini bukanlah blend full virginia jadi tiada apa yang perlu dikesalkan. Juga blend ini adalah dicipta untuk sesi perpipaan yang relaks; "slow puffing" dapat merealisasikan saat-saat terbaik Elizabethan dan "overpuffing" akan merosakkan tekstur rasanya.

Dari perspektif tertentu, Elizabethan bukanlah va/per yang mampu menawarkan tahap kompleksiti yang tinggi sepertimana Reiner Long Gold Flake, tidak juga se"refined" Three Nuns apatah lagi se"potent" Bullseye Flake, tetapi ia adalah blend va/per yang santai dan menyelesakan, sesuai untuk dinikmati ketika "high-tea" atau berehat di beranda pada hujung minggu.

Dengan sedikit masa dan perhatian, Elizabethan Mixture mampu menghadiahkan anda dengan "blissful virginia-oriented va/per goodness" yang hanya anda, pipa anda dan kerusi malas anda yang mampu memahami nikmat petang bertemankan setin baccy revival yang dinanti-nantikan ini