Dunia
perpipaan masih lagi dikejutkan dengan kehilangan tembakau penting
Syrian latakia. Sewaktu saya mula menceburkan diri di dalam dunia
perpipaan beberapa tahun kebelakang, masih mudah untuk anda menemukan
blend-blend yang menggunakan Syrian latakia. Akan tetapi sejak dari
tahun lepas, berita yang bekalan terakhir Syrian dari beberapa blender
ternama seperti Solani, Ashton, Cornell & Diehl dan yang terbaru
MacBaren sudah pun sampai ke penghujungnya dan dengan itu kuasa pasaran
bertindak, menyebabkan hampir kesemua blend yang memiliki kandungan
Syrian latakia diborong secara pukal.
Ramai
antara kita yang mengenali MacBaren HH Vintage Syrian namun tidak ramai
yang mengetahui secara terperinci akan komposisi blend ini. HH Vintage
Syrian bukanlah sebuah blend English kebiasaan anda. Blend ini
sebenarnya berteraskan daunan Syrian latakia itu sendiri, dengan
komposisi kurang sedikit dari 50% dan selebihnya adalah tembakau
oriental dan gabungan 3 jenis virginia yang membentuk tembakau sekunder
blend. Dan untuk menambahkan lagi tarikannya, sedikit daunan dark fired
Kentucky dipercikkan ke dalam blend ini. Ini menjadikan HH Vintage
Syrian sebuah blend yang agak kompleks dan ia tentunya bukan blend
English standard anda.
Nota
smoky yang mendalam hinggap di nasal pemipa apabila tin leper blend ini
dibuka. Untaian ribbon yang gelap, bercampur-baur dengan sebilangan
kecil ribbon kecoklatan pula menjamu mata pemipa. Cukup gelap untuk
meyakinkan kita yang sebilangan besar latakia, di dalam kes ini adalah
varian ulung Syrian, yang terkandung di dalam tin ini. Datangnya HH
Vintage Syrian ini di dalam bentuk “loose ribbon cut”, tidak terlalu
lembap dan tidak juga terlalu kering, menjadikan ia sebagai sebuah
tembakau yang sesuai untuk dijadikan “go-to” baccy anda – mudah untuk
dinikmati pada bila-bila masa sahaja.
Mudah
untuk mendapatkan pembakaran ember yang baik bersama ribbon separa
kering ini. Alunan latakia Syrian sememangnya unmistakably delicious.
Anda dapat merasakan yang flavor smoky nya adalah agak mendalam dan
lebih pronouncing. Sesetengah orang akan mengatakan yang latakia asal
yakni Syrian adalah lebih “pungent”, lebih smoky, lebih “leathery” dan
aromanya lebih baik. Dan hal ini adalah sesuatu yang semua orang patut
jangkakan, kerana Cyprian Latakia sebenarnya hanyalah campuran tembakau
Izmir dan Smyrna yang diproses sama seperti penghasilan latakia asal.
Dan di dalam tin Vintage Syrian ini, anda semestinya akan mendapat “the
real deal” tanpa ragu-ragu lagi.
Sedikit
kepedasan juga dapat dirasakan, seolah-olah perique hadir didalam
komposisi blendingnya. “Spiciness” ini hadir tentunya dari tembakau
Kentucky yang digunakan secara agak sedikit di dalam blend ini. Dan
betul lah sepertimana yang orang katakan, bahawa tembakau Kentucky ini
“a bit goes a long way” kerana walaupun ia adalah salah satu komposisi
terkecil blend, spiciness yang hadir adalah agak mengesankan. Tentunya
sesuatu yang anda sukar untuk dapatkan pada blend-blend English
kebiasaan anda.
MacBaren
HH Vintage Syrian akan menjadi lebih “unforgivable” apabila sesi
perpipaan anda mencapai 2/3 bowl, dimana ia kebiasaannya akan menjadi
lebih pedas dan lebih heavy. Untuk sesetengah pemipa, ini adalah satu
rahmat namun bagi mereka yang tidak biasa dengan kombinasi burley /
Kentucky bersama latakia, ia mungkin adalah mimpi yang buruk. Bukan
semua orang mahukan eskalasi strength sebegini di dalam rutin English
mereka, kebanyakannya lebih sukakan blend English yang smoky tapi
santai.
Jika
anda bertabah hati dan mampu meneruskan sesi perpipaan hingga ke
penghujung bersama HH Vintage Syrian, ia sememangnya agak “rewarding”.
After-taste yang anda boleh dapatkan dari blend ini adalah sangat baik.
Masuk sejam selepas selesai sesi perpipaan bersama Vintage Syrian, saya
masih dapat merasakan kenikmatan amalgam Syrian latakia + Kentucky yang
sangat nyata dan menyelerakan. Ia seakan-akan seperti after-taste
sesebuah cerut yang baik. Berkemungkinan besar after-taste ini hadir
dari aruhan tembakau dark-fired dan Syrian latakia itu sendiri.
Dengan
itu, kita sudah pun mengetahui betapa berbezanya HH Vintage Syrian ini
berbanding blend-blend tembakau English sepertimana yang kita biasa
nikmati. Suka atau tidak, ia adalah blend tembakau Syrian latakia yang
terakhir masih boleh didapati di pasaran dan dijangkakan akan habis
terjual pada masa terdekat. Saranan saya, nikmatilah ia sementara anda
masih boleh mendapatkannya lagi sekarang.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!